Tuesday, June 1, 2010

Projek School Enterprise

Makluman semua :
Projek School Enterprise seperti yang di wara-warakan adalah seperti berikut:
1. Sewaan PA System
2. Sewaan Peralatan Sekolah
3. Perkhidmatan Photostate
4. Pembinaan Modul LK
5. Sewaan Track Solar Car/Kolam Solar Boat
6. Seminar Skor A
7. Program Motivasi dan Latihan
8. Pembinaan Blog
9. Membekalkan Kertas A4
10 Cenderahati Berasaskan Solar

Mesyuarat telah melantik beberapa orang guru bagi membantu penyelarasan projek School Enterprise.

ICT: Cik Jenny
Aplikasi Fizik: Pn Azlindah dan En Au Sou Liang
Kejuruteraan Elektrik: En Jamburi
Kejuruteraan Awam: Pn Juhaida
Kejuruteraan Mekanikal :En Iskandar
Kursus dan Motivasi: Pn Anna Diana
Konsultansi: Cik Hjh Azizah Abd Rahman
Perkhidmatan dan Jualan:En Suhaimi
Iklan dan Promosi: Pn Norashikin Baharudin

Semuga Gabungan guru-guru akan memantapkan JK School EnterpriseSMTTJ.

Sunday, May 30, 2010

Projek Pertama School Enterprise.

Salam
Satu cadangan daripada Pengetua untuk menjadikan satu Projek Kejuruteraan Elektrik sebagai sebuah projek School Enterprise.
Koperasi akan menjadi badan pengendali bagi projek ini dimana semua urusan pembayaran berkaitan dan modal pusingan dibawah Koperasi.
Sila berhubung dengan Bendahari School Enterprise merangkap SU Koperasi bagi tujuan penyelarasan. Setiausaha School Enterprise adalah Pn Hjh Minah Ahmad. Semua maklumat hendaklah sampai kepada SU bagi tujuan dokumentasi. Harap Maklum.

Tuesday, March 23, 2010

KERTAS CADANGAN SCHOOL ENTERPRISE.

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JAAFAR SEREMBAN.

KERTAS CADANGAN

PERLAKSANAAN SCHOOL ENTERPRISE DAN PROGRAM TRAINEESHIP .


1.0 RASIONAL

Perlaksanaan School Enterprise dalam kalangan sekolah teknik telah di wujudkan untuk membantu guru dan pelajar meluaskan lagi skop penglibatan mereka dalam bidang kusahawanan.BPTV telah mengedarkan satu pekeliling yang mewajibkan sekolah mengadakan program Traineeship pada tahun 2010. Sekolah mengambil langkah proaktif dalam menjayakan program yang di cadangkan oleh pihak BPTV.

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif yang dapat di capai dapam perlaksanaan School Enterprise adalah :

2.1 Membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar dan guru
2.2 Menggunakan kepakaran dalam untuk di komersialkan.
2.3 Meningkatkan pencapaian sekolah dalam membina rangkaian perniagaan .

3.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

3.1 Kandungan Pakej

Pakej yang di tawarkan adalah berasaskan produk dan perkhidmatan. Semua unit boleh
mencadangkan pakej tersebut dalam masa 2 minggu dari tarikh mesyuarat diadakan.
Kandungan pakej yang di tawarkan hendaklah di kemukakan dalam jawatankuasa induk
untuk persetujuan dan kelulusan , sebelum di promosi atau di pasarkan kepada pelanggan.

3.1.1 Pakej ICT
a. Aplikasi komputer

Menawarkan kursus berkaitan dengan seperti software MS- Excell
Microsft Advanced , Ironcad dan lain-lain perisian.

b. Laman Web dan Blog

Menawarkan kursus Laman web dan pembikinan blog serta aplikasi yang berkaitan.

3.1.2 Pakej Sains dan Teknologi

a. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
b. Kejuruteraaan Mekanikal
c. Kejuruteraan Awam

Tenaga pakar daripada Guru Cemerlang dan ahli panitia serta pelajar jurusan
kejuruteraan akan di gembelingkan dalam mengeluarkan produk atau meberi khidmat
latihan kepada orang luar.

3.2.3 Unit Kemahiran Soft Skill
a. Motivasi dan Bimbingan Kaunseling
b. Konsultansi

Kepakaran dalan latihan berkaitan dengan kaunseling dan motivasi pelajar termasuklah
teknik dan seminar menjawab soalan.
Lain-lain permintaaan terhadap pakej luar dari yang di berikan diatas adalah dibawah
penyeliaan bahagian konsultansi.

Semua unit akan menyediakan pakej dalam melaksanakan program School Enterprise.Ketiga-tiga unit diagihkan mengikut kepakaran bidang masing-masing. Setiap bahagian akan di bantu oleh 4 orang guru yang berada di bawah seliaan penyelaras masing-masing. Tawaran pakej yang di sediakan merujuk kepada kos yang telah dibincangkan dalam mesyuarat induk dan dalam dalam unit masing-masing.Segala kos yang berkaitan akan di uruskan oleh unit dan guru perkhidmatan dan jualan. Tenaga kepakaran akan di bekalkan oleh guru pakar dalam bidang masing-masing.

Setiap unit akan mengemukakan cadangan program yang di tawarkan serta Pakej yang disediakan. Masa perlaksanaan adalah mengikut ketetapan pihak penganjur. Permintaan pelanggan dalam kursus yang di tawarkan akan di bincang bersama dalam unit berkenaan.

3.2 Prasarana Dan Kemudahan

Pihak sekolah akan menyediakan tempat dan juga kemudahan yang di perlukan oleh peserta kursus. Borang penyertaan kursus dan sijil penghargaan dan juga dokumen yang berkaitan dengan kursus.

Penyelaras setiap bahagian akan menyediakan tenaga pengajar dan juga fasilitator yang berkaitan dengan kursus yang ditawarkan. Segala keperluan akan diuruskan oleh unit pemasaran.

Pihak Pemasaran adalah bertindak sebagai badan penyelaras yang akan membantu membuat anggaran ,perbelanjaan dan bayaran yang berkaitan dengan kursus yang di tawarkan. Yuran kursus dan bayaran kepada Fasilitator dan tenga kepakaran akan di uruskan oleh pihak koperasi. Walaubagaimanapun setiap Unit hendaklah mengemukakan kos dan budget yang di perlukan bagi tujuan perlaksanaan kursus.

3.3 Promosi

Pemasaran kursus akan di uruskan oleh koperasi. Setiap unit mengemukan pakej yang di tawarkan dan koperasi akan menghebahkannya ke semua saluran samada melalui laman web/ email/ surat khabar atau radio.

3.4 Sasaran

Terbuka kepada semua warga sekolah , staf sokongan, guru dan masyarakat setempat.Penyertaan peserta dari sekolah –sekolah Negeri Sembilan dan juga sekolah Teknik seluruh Malaysia.

3.5 Jangkawaktu Kursus

Masa kursus bergantung kepada Pakej yang di tawarkan
Ø Separuh hari
Ø Satu hari penuh
Ø Lebih 2/3 hari untuk kursus intensif

Mengikut keperluan kursus yang di tawarkan.

3.6 Tenaga Pengajar

Ø Guru Cemerlang
Ø Guru Rekacipta dan Inovasi
Ø Guru ICT

3.7 Belanjawan

Semua belanjawan hendaklah di masukkan dalam proposal dan penyelaras unit akan berbincang dengan unit perkhidmatan . Bendahari akan bertanggungjawab menyimpan dokumen berkaitan dengan perbelanjaan dan pendapatan . Penyelaras akan menyelaras semua budget yang di sediakan oleh unit.

4.0 PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN

Penyelaras setiap bahagian akan memantau semua aktiviti yang di laksanakan bermula dari tawaran kursus, perlaksanaan,laporan dan juga penghargaan kepada pihak berkenaan.

Pengerusi ,timbalan pengerusi dan naib pengerusi perlulah memastikan semua procedur yang di jalankan tidak melanggar etika dan peraturan sekolah.

SCHOOL ENTERPRISE

SALAM

Blog School Enterprise telah siap di upload oleh PSS. Terima kasih Pn Normali agar usaha ini akan memberikan impak yang positif kepada kecemerlangan sekolah. Inilah inovasi yang kita sedangan lalui . Apabila kita mula dengan anjakan paradigma dalam merealisasikan penggunaan ICT secara optimum maka kita akan dapat menyampaikan maklumat dan mudah di akses dimana-mana. Atas bantuan dan inisiatif PSS , guru Reka cipta dan inovasi, AJK School Enterprise kita telah dapat melihat Blog School Enterprise di hasilkan.

Kita akan lampirkan barisan kepimpinan dalam School Enterprise dimana ini merupakan satu projek yang di perkenalkan oleh BPTV dalam melahirkan bakal korperator yang akan menjadi teknokrat berwawasan. Program Trainneeship ini telah dilaksanakan sejak tahun 2009. Perlaksanaan nya di buat pada tahun 2010.

Sekolah telah membentuk Jawatankuasa yang terdiri daripada 6 bahagian iaitu
a) Laman Web dan Blog
b) Aplikasi Komputer
c) Aplikasi Physics
d) Latihan dan Kaunseling
e)Kejuruteraan Elektrik/Awam/Mekanikal.

Setiap bahagian akan menghasilkan satu produk dan perkhidmatan . Pakej yang ditawarkan akan di paparkan dalam blog ini

Dengan adanya blog ini di harap semua ahli jawatankuasa akan memberikan idea untuk merealisasikan program ini.

Email maklumat kealamat berikut: sttjseremban@yahoo.com